Wednesday, September 28, 2011

Waqaf Muraqabah

Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian)وقف المراقبة.Ia juga dinamakan Waqaf Ta'anuq (Berhenti Berikat) iaitu memberhentikan bacaan pada salah satu dari dua tempat Waqaf yang berdekatan tanpa Waqaf pada kedua-duanya.


Waqaf Jaiz

Pertama

Waqaf Kafi(الوقف الكافي).Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung.Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya.Tandanya(قلي). Sepertimana contoh di bawah


KEDUA

Waqaf Tasawi(وقف التساوي).Kedudukan hukum bacaan tersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama.Tandanya:(ج).



KETIGA

Waqaf Hasan(الوقف الحسن).Bacaan yang diharuskan berhenti atau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti.Ia dinamakan demikian kerana memberhentikan bacaan padanya adalah lebih baik.Tandanya(صلي).



Waqaf Lazim

Waqaf Lazim(الوقف اللازم)/ Waqaf Tam(الوقف التام). Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya.Waqaf ini bertanda:(م)



Al- Baqarah (2) Ayat (26) < 1 /10 >