Wednesday, September 28, 2011

Lam Sukun : Lam Fi'li (Izhar)

Izhar: Lam Fi'li dibaca secara Izhar apabila terdapat selepasnya salah satu huruf hijaiah kecuali huruf Ra' dan Lam.


Hud(11)Ayat(81)



Lam Sukun : Lam Fi'li (Idgham)

Idgham: Lam Fi'li dibaca secara Idgham apabila terdapat selepasnya huruf Ra' atau Lam.


Al-Israa'(17)Ayat(95)



Lam Sukun : Lam Ta'rif (Lam Syamsiah)

Lam Syamsiah(اللام الشمسية)terdiri dari empat belas huruf.Ia terkumpul di dalam bait syair:(طب ثم صل رحما تفز ضف ذا نعم دع سوء ظن زر شريفا للكرم).Hukum Lam Syamsiah adalah Idgham (memasukkan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Idgham ketika bersama dengan huruf ini ialah kerana makhraj Lam Syamsiah adalah sama dengan makhraj huruf Lam dan terletak berdekatan dengan huruf-huruf lain yang tersebut di atas.


An-Naazi'aat(79)Ayat(1)



Lam Sukun : Lam Ta'rif (Lam Qamariah)

Lam Qamariah(اللام القمرية)terdiri dari empat belas huruf.Ia terkumpul di dalam bait syair:(ابغ حجك وخف عقيمة).Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan huruf-huruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut.


At-Takwiir(81)Ayat(3)