Tuesday, September 27, 2011

KOD 9 (AZAN 7 DAN IQOMAH)

Soalan A/L 9.1:
Soalan kepada murid laki-laki
Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.

Jawapan:

Para pelajar hendaklah melaksanakan azan dari mula hingga akhir sebagaimana yang diterangkan di bawah ini.



Soalan A/L 9.1:
Soalan Kepada murid perempuan
Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.

Jawapan:

  1. Berwuduk, makruh azan tanpa wuduk.
  2. Berdiri dan menghadap kiblat
  3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.
  4. Menghadap kiblat.


AZAN


PERINGATAN:

1. Sunat Tarji', iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu kalimah;
sebelum mengalunkannya dengan kuat.
2. Dalam azan subuh hendaklah ditambah kalimah:
selepas mengalunkan kalimah:





Soalan A9.2:
Dengar azan dan jawab dengan betul dan sempurna.


Jawapan:
Murid dikehendaki menjawab azan secara perlahan satu persatu hingga akhir.

Jawapan azan adalah sama seperti lafaz yang dialunkan oleh Muazzin, kecuali pada:



Soalan A9.3:
Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.


Jawapan
:
  1. Berdiri dan menghadap kiblat
  2. Menyebut lafaz iqamah.



Soalan A9.4:
Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna.


Jawapan:

Murid dikehendaki menjawab Iqamah secara perlahan satu persatu sehingga akhir. Menjawab iqamah sama seperti menjawab azan. Pada kalimah:




Soalan A9.5:
Anda dikehendaki membaca doa selepas azan dan Iqamah.

Jawapan
:

DOA AZAN DAN IQAMAH


KOD 8 (CARA MANDI WAJIB)

Soalan L8.1:
Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi

Jawapan:
Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah;
  1. keluar mani
  2. haid
  3. Janabah (bersetubuh)
  4. Wiladah (bersalin)
  5. Nifas (darah yang mengiringi wanita yang bersalin)
  6. Mati, selain mati syahid


Soalan L8.2:
Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.

Jawapan:
Cara mandi wajib ialah:
  • Bersihkan badan daripada segala kekotoran.
  • Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan.
  • Ambil wuduk.
  • Sebut lafaz niat




  • Jiruskan air mutlak ke kepala berserta dengan niat sebaik-baik sahaja air mengenai anggota kepala. Jirusan ke kepala itu sebanyak tiga kali. Niatnya ialah: "sahaja aku mengangkat Hadas Besar fardhu atasku kerana Allah Taala" atau"sahaja aku mandi kerana haid/janabah/nifas fardhu atasku kerana Allah Taala"
  • Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan tiga kali, kemudian jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri tiga kali.
  • Ratakan air keseluruh anggota badan. Selatkan rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung. Jika air tidak rata dengan tiga jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tapak tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.

KOD 7 (CARA BERTAYAMMUM)

Soalan A7.1:
Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna.

Jawapan:
Cara bertayamum ialah:
  • Menyediakan dan meratakan debu tanah di atas tempat yang disediakan.
  • Mengadap kiblat.
  • Membaca: Bismillah hirrahma nirrahim.
  • Menyebut lafaz niat tayamum seperti


  • Menepuk dua tangan ke debu dengan jari terbuka sambil berniat "sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat Fardu kerana Allah taala" dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.
  • Menipiskan debu/ mengurangkan dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar tempat debu yang disediakan.
  • Menyapu debu kemuka.


CATATAN:
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri.
  • Membuangkan debu musta'mal yang masih melekat di tangan.
  • Menepuk kedua tapak tangan ke debu untuk kali kedua di tempat yang lain dengan jari terbuka, kemudian menipiskannya dengan cara meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.
  • Menyapu tangan kanan dengan cara meletakkan jari tangan kiri selain ibu jari di bawah jari tangan kanan, kemudian melurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan dan digenggam sedikit kemudiannya melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari masih terangkat.
  • Seterusnya melurutkan ibu jari kiri ke belakang ibu jari kanan.
  • Menyapu tangan kiri dengan cara meletakkan jari tangan kanan selain ibu jari di bawah jari tangan kiri. Kemudian melurutkan jari tangan kanan hingga kepergelangan tangan kiri, dan digengam sedikit kemudian melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari masih terangkat. Seterusnya melurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
  • Menyelati jari kanan dan kiri.


KOD 6 (CARA BERWUDHU' )

Soalan A6.1:
Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.

Jawapan:
  • Membaca : Bismillah hirrah ma nirrahim.
  • Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan, tiga kali
  • Berkumur tiga kali
  • Memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya, diulangi tiga kali.
  • Menyebut lafaz niat wuduk, seperti:



  • Membasuh muka tiga kali. Basuhan pertama disertakan dengan niat. Niatnya ialah: "sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala".
  • Membasuh tangan kanan hingga ke siku, tiga kali. Kemudian membasuh tangan kiri hingga ke siku, tiga kali.
  • Menyapu sebahagian kepala dengan air, tiga kali.
  • Menyapu kedua-dua telinga dengan air, tiga kali.
  • Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali, tiga kali. Kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali, tiga kali.
  • Berdoa sambil mengangkat tangan, mendongakkan muka sedikit menghadap kiblat.