Thursday, September 29, 2011

Menggugurkan Huruf Awal Sukun

Huruf Mad dibuang pada ketika ingin menyambung bacaan sahaja apabila terdapat huruf Hamzah yang bersambung selepas huruf Mad.Ia dibuang pada bacaan sahaja tidak pada tulisan kerana biasanya ia tercatat di dalam al-Quran seperti:(إذا الشمس كورت).Kadangkala huruf Mad dibuang pada bacaan sambung dan berhenti kerana ianya tidak tercatat di dalam tulisan apabila terdapat selepasnya huruf Hamzah yang bersambung.Contohnya membuang huruf Ya' dari kalimah:(تحي)di dalam ayat al-Quran:(ربي أرني كيف تحي الموتى).







Wednesday, September 28, 2011

Mad Lazim : Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf

Mad Lazim Kalimi Mukhaffafالمد اللازم الكلمي المخفف.Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf Sukun yang tidak bertasydid di dalam satu kalimah. Hukumnya wajib dibaca dengan enam harakat.Ia dinamakan dengan Kalimi kerana terdapat Sukun asli selepas huruf Mad di dalam satu kalimah.Ia dinamakan Mukhaffaf kerana ringan atau mudah menyebutnya disebabkan keadaannya yang tidak bertasydid dan tidak berdengung.Contohnya di dalam kalimah(أالآن)di dalam dua tempat surah Yunus ayat lima puluh satu dan sembilan puluh satu malah tidak terdapat di dalam al-Quran selain dari dua tempat tersebut.


Yunus(10)Ayat(51)



Mad Lazim : Mad Lazim Kalimi Muthaqqal

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal(المد اللازم الكلمي المثقل).Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf bertasydid di dalam satu kalimah, hukumnya ia dibaca dengan enam harakat.Ia dinamakan Muthaqqal kerana berat atau susah untuk menyebutnya disebabkan terdapat tasydid pada Sukunnya.Contohnya Alif di dalam kalimah(الضالين),dari firman Allah s.w.t(غير المغضوب عليهم ولاالضالين).


A-li 'Imraan(3)Ayat(61)



Mad Lazim :

Mad Lazim Harfi Mukhaffaf(المد اللازم الحرفي المخفف).Iaitu selepas huruf Mad terdapat Sukun asli pada salah satuhuruf hijaiah yang tidak bertasydid.Ia dinamakan Mukhaffaf kerana sebutannya terlalu ringan disebabkan ia tidak bertasydid dan tidak berdengung seperti huruf Mim di dalam(الم).Perhatian penting:Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair(صله سحيرا من قطعك)dan ia terbahagi kepada empat bahagian:Pertama: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana terdapat huruf Mad di pertengahannya.Ia terdiri dari tujuh huruf yang terkumpul di dalam bait syair(كم عسل نقص)kecuali huruf 'Ain.

Bahagian ini dibaca enam harakat dengan sempurna.Kedua: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana huruf Lin terdapat di pertengahannya iaitu huruf 'Ain.Huruf ini harus disempurnakan dengan bacaan enam harakat dan bacaan pertengahan empat harakat.Ketiga: Ejaannya terbentuk dari dua huruf di mana huruf keduanya ialah huruf Mad dan huruf-hurufnya adalah sebanyak lima huruf yang terhimpun dalam bait syair(حي طهر).Bahagian ini dibaca secara Mad Tabi'i dengan kadar dua harakat.Keempat: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana tidak terdapat satupun huruf Mad di pertengahannya.Ia terdiri dari satu huruf iaitu Alif dan tidak terdapat padanya huruf Mad.


Yunus(10)Ayat(1)