Pihak Panitia Pendidikan Islam SK. Terusan Baru Sandakan Sabah Sama Sekali Tidak Kan Bertanggungjawab Sekiranya Berlaku Kerosakan Ketika Mana Anda Melayari Blog Ini Atau Memuat Turun Sebarang Maklumat Dalam Blog. Terima Kasih Kerana Melayari dan Melawati Blog Ini Dan Nasihat Serta Teguran Yang Membina Sangat-Sangat Dinanti-nantikan. Syukran Kathiran
Jangan lupa untuk menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada anggota badan kita.
Sebelum kita masuk ke dalam tandas, baca doa masuk tandas lebih kurang 6 atau 7 langkah sebelum masuk.
Masuk dengan kaki kiri
Keluar dengan kaki kanan
Tidak membawa sebarang ayat-ayat al-quran
Duduk bertinggung kekiri ketika menunaikan hajat.
Tidak menghadap atau membelakangi kiblat.
Haram bagi yang menunaikan hajat di kawasan lapang dan tidak tertutup seperti di padang pasir atau hutan,menghadap atau membelakangi kiblat.
Makruh bagi yang menunaikan hajat di kawasan bandar dan sempit seperti di rumah.
Menunaikan hajat di kawasan yang jauh dari orang.
Pilih tempat yang tertutup dan tidak dilihat orang.
Tidak menunaikan hajat: dalam air yang tidak bergerak atau mengalir, dalam lubang yang tidak diketahui isinya, tempat yang berangin, tempat berkumpul manusia, di jalanan, dibawah pokok berbuah
Tidak bercakap
Tidak menggunakan air yang bertakung dibawah atau dilantai tempat menunaikan hajat untuk bersuci
No comments:
Post a Comment