Saturday, November 5, 2011

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di Tingkatan Enam.

Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar. Ia bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.


Syarat pendaftaran

  • Telah mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun 1999, atau
  • Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau
  • Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM.

Mata pelajaran

  • S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
  • S102 – Fiqh
  • S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)
  • S104 – Tafsir dan Ulumuhu
  • S105 – Hadith dan Mustolah
  • S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf
  • S107 – Insya’ dan Mutalaah
  • S108 – Adab dan Nusus
  • S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
  • S110 – Balaghah (kesusateraan)

Pensijilan

  • Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
  • Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.
  • Calon yang ingin mengulang peperiksaan tersebut boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki.
  • Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:
    • Mumtaz - Cemerlang
    • Jayyid Jiddan - Sangat Baik
    • Jayyid - Baik
    • Maqbul - Lulus
    • Rasib - Gagal