Wednesday, September 28, 2011

Izhar Mutlak

Izhar Mutlaq(الإظهار المطلق).Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu.Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung.Ia dinamakan Mutlaq ialah kerana makhrajnya bukan dari tekak atau mulut. Izhar Mutlaq dibaca apabila huruf Ya' atau Wau terdapat selepas Nun Sukun di dalam satu kalimah. Ia terdapat pada empat tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu:(قنوان - صنوان - بنيان - الدنيا).Manakala(يس والقرآن الحكيم), (ن والقلم وما يسطرون)pula, hukum kedua-duanya adalah Izhar Mutlaq walaupun ia berada di dalam dua kalimah kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.


No comments:

Post a Comment