Sunday, July 17, 2011

Doa Ceramah Kesihatan

P

الـحمد لله ،نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادي له ، والصلاة والسلام على رسولنا الأمين وعلى آله وأصحابه أجـمعين .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami bersyukur di atas nikmat dan hikmat yang Engkau berikan kepada kami untuk menghadiri Majlis Ceramah Kesihatan pada pagi ini . Semoga kehadiran kami pada pagi ini akan memberi dan menambahkan maklumat yang berguna supaya kami dapat menjalani kehidupan dengan penuh ke’afiatan dan kesejahteraan .

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimat Ikhlas dan prinsip keikhlasan . Berpegang kepada agama Nabi Junjungan Kami Nabi Muhammad S.A.W. , yang juga agama ayah kami Nabi Ibrohim ‘alaihissalam dengan setulus hati . Dan Nabi Ibrohim bukan seorang musyrikin .

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Perbaikilah urusan agama kami kerana ia adalah pengawal kehidupan kami ,

Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah urusan akhirat kami kerana di sanalah kami akan dikembalikan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على خير خلق الله وخاتم الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين

No comments:

Post a Comment