Tuesday, October 11, 2011

Belajar Bahasa Arab (Animasi)

  • Ta'aruf (Pengenalan) Link
  • 'Adho' ul Jism (Anggota Badan) Link
  • 'Adho ul Usrati Anggota Keluarga Link
  • al-Arqam Nombor-nombor Arab Link
  • Ayat-ayat Arahan Link

Ibadah (Ulum Syar'iah)

Doa (Animasi)

  • Doa Bayi Baru Lahir Link
  • Doa Dalam Kesusahan Link
  • Doa Baru Berkahwin Link
  • Doa Menziarahi Kubur Link
  • Doa Mohon Kesembuhan Link
  • Doa Ketika Hendak Tidur Link
  • Doa Terkejut Dari Tidur Link
  • Doa Bangun Dari Tidur Link
  • Doa Menanggalkan Pakaian Link
  • Doa Masuk Tandas Link
  • Doa Keluar Tandas Link
  • Doa Memakai Pakaian Link
  • Doa Keluar Rumah Link
  • Doa Penerang Hati Link
  • Doa Menaiki Kenderaan Link
  • Doa Memohon Kesabaran Link
  • Doa Menghilangkan Kesedihan Link
  • Doa Diakhir Majlis Link
  • Doa Lupa Membaca Bismillah Ketika Makan Link
  • Doa Selepas Makan Link
  • Doa Selepas Wudu' Link
  • Doa Memasuki Rumah Link
  • Doa Perjalanan Ke Masjid Link
  • Doa Masuk Masjid Link
  • Doa Sujud Tilawah Link
  • Doa Mohon Keampunan Link
  • Doa Keluar Masjid Link
  • Doa Terhindar Dari Kejahatan Link
  • Doa Ketika Marah Link
  • Doa Ketika Menziarahi Orang Sakit Link

Belajar Iqra'

PAFA

  • Kod 01 Mengucap 2 Kalimah Syahadah Link
  • Kod 02 Rukun Islam Link
  • Kod 03 Rukun Iman Link
  • Kod 04 Istinja' Link
  • Kod 05 Bersuci Dari Najis Link
  • Kod 06 Cara Berwudu' Link
  • Kod o7 Cara Bertayamum Link
  • Kod 08 Cara Mandi Wajib Link
  • Kod 09 Azan Dan Iqomah Link
  • Kod 10 Solat Fardhu Link
  • Kod 12 Puasa Link
  • Kod 13 Adab Terhadap Ibubapa Link

BELAJAR TAJWID

  • Pengenalan Tajwid link
  • Hukum Istiazah Dan Basmalah Dalam Ilmu Tajwid Link
  • Hukum Nun Mati Dan Tanwin Link
  • Hukum Mim Dan Nun Bertasydid Link
  • Hukum Lam Dan Mim Sukun Link
  • Bertemu Dua Sukun Link
  • Hukum Tafkhim, Tarqiq Dan Imalah Link
  • Pertemuan Huruf Link

Peperangan Hunain



Perang Hunain berlaku pada 3 Syawal tahun kelapan Hijrah. Dalam peperangan ini, 10,000 tentera Islam telah memerangi dua puak kecil penentang Islam. Malangnya, kerana bilangan tentera yang ramai tentera Islam berasa bongkak dan takbur sehingga lupa pada pertolongan Allah. Allah menguji tentera Islam dengan tipu helah musuh sehingga berlaku kacau bilau. Ramai tentera Islam melarikan diri. Mereka terpaksa berundur dan mengatur semula strategi sehingga akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada tentera Islam.

Peperangan Tabuk



Perang Tabuk (Arab: غزوة تبوك) merupakan salah satu peristiwa peperangan dalam Islam. Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan skop peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir.



Empayar Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat ketika itu dan selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu berasa mereka perlu mengembangkan pengaruhya sehingga ke negeri-negeri Arab. Disamping itu mereka mendapat khabar yang memberitakan sebuah kerajaan baru yang digelar Islam sedang mula meluaskan sayapnya di seluruh tanah Arab. Lalu Maharaja Rom berhasrat besar untuk menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Muhammad ketika itu. Rasulullah telah mendapat berita berkenaan keinginan Maharaja Rom itu. Kaum Islam ketika itu tidak berhasrat sama sekali untuk mengadakan pertempuran dengan kerajaan Rom kerana mereka berhasrat untuk meneruskan kehidupan harmoni dan tenteram di bawah pemerintahan Rasulullah. Walau bagaimanapun kaum Muslimin perlulah bersiap sedia dalam menghadapi apa-apa propaganda dari musuh Islam.



Kaum Islam telah membuat perancangan yang drastik dan berhati-hati. Mereka bersepakat sekiranya Kerajaan Rom benar-benar bersedia untuk berperang dengan mereka, kaum Muslimin berhasrat untuk mengadakan pertempuran di luar kawasan suci kota Makkah dan Madinah. Akhirnya mereka bersedia menentang musuh di suatu kawasan padang pasir yang bernama Tabuk. Melalui permulaan peristiwa peperangan itu Allah telah menurunkan firmannya yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman,perangilah orang-orang kafir yang disekitar kamu itu,dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripada kamu,dan ketahuilah bahawasanya Allah (Tuhan) beserta orang-orang yang bertaqwa." (Surah At-Taubah ayat:123)



Kaum Islam telah bersiap sedia dengan 30,000 bala tentera termasuk 10,000 dari angkatan berkuda. Pasukan besar ini telah dipimpin oleh Rasulullah sendiri. Dikhabarkan tentera Rom pula telah dipimpin oleh Panglima Satria Hercules.



Berita persiapan peperangan itu telah mendapat reaksi besar daripada masyarakat Arab di bawah pemerintahan Rasulullah. Seorang ketua kaum munafik Arab ketika itu yang bernama Abdullah bin Ubai telah meminta keizinan kepada Rasulullah untuk menyertai peperangan. Sebilangan dari kaum munafik tidak mahu menyertai peperangan dengan alasan cuaca yang terlalu panas yang mampu melemahkan mereka. Pada mulanya Rasulullah bersetuju untuk menerima permohanan Abdullah bin Ubai, namun Allah telah menegur perbuatan Rasulullah itu dengan menurunkan firmannya dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Orang yang ditinggalkan (tidak ikut ke medan perang) berasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah dan mereka tidak suka berjihad (menegakkan ajaran Allah) dengan harta dan jiwa mereka dalam jalan Allah, dan mereka berkata: Janganlah kamu berangkat(pergi berperang)dalam panas terik ini. Katakanlah(wahai Muhammad): Api neraka lebih panas, jika mereka mengetahui." (Surah At-Taubah,ayat:81)




Lalu Rasulullah tidak menerima permohonan kaum munafik untuk mengikuti peperangan. Telah menjadi suatu kebiasan bagi kaum beriman,untuk menanggung perbelanjaan perang dan membantu membantu modal kewangan masyarakat Islam bersama. Hartawan Islam terulung iaitu Uthman bin Affan telah mendermakan sebanyak 1,000 dinar untuk menanggung segala kos persiapan peperangan, kos senjata, ubat-ubatan dan makan serta minuman bagi angkatan tentera Islam.



Dalam perjalanan menuju ke Tabuk, orang Islam telah diuji oleh Allah dengan kekurangan air dan cuaca yang terlalu panas. Tentera Islam mengadukan hal ini kepada Muhammad Rasulullah, lalu sejurus itu Rasulullah berdoa kepada Allah. Lalu Allah memakbulkan permintaan Rasulnya dengan menurunkan hujan yang lebat sehinggakan orang Islam dapat minum dan mandi dengan sepuas-puasnya.



Sesampai angkatan tentera Islam di Tabuk, Rasulullah bersama angkatan tetera Islam telah mengadakan 'perjanjian perdamaian' dengan penduduk di sekitar Tabuk, Rasulullah memberi jaminan keamanan kepada penduduk Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi dan berbuat jahat terhadap Islam. Setelah itu seorang penguasa Ilah (sebuah kawasan berdekatan Tabuk) yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian bersama Rasulullah. Beliau sanggup membayar jizyah. Kesanggupan menerima keselamatan dan bersedia membayar jizyah juga diterima baik oleh penduduk Jarba dan Azruh. Rasulullah juga turut menghantar surat tawaran tersebut kepada setiap kawasan di sekitar Tabuk.



Tujuan Rasulullah berbuat demikian bukan untuk memonopoli kekayaan penduduk Tabuk atau membuat kejahatan kepada mereka. Tetapi Rasulullah berbuat demikian untuk menguatkan benteng perpaduan dan pertahanan Islam, di samping menyampaikan dakwah Islamiyah serta menyekat pergerakan musuh supaya tidak menggunakan sempadan Syam sebagai pangkalan perang. Akhirnya semua kabilah Arab di Tabuk menerima tawaran Rasul itu dengan tangan terbuka.



Hasilnya kekuatan tentera Islam di Tabuk semakin utuh dan kental. Rasulullah berjaya menyekat kemaraan tentera Rom di bawah pimpinan Panglima Satria Hercules, hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar antaranya:

  • Benteng wilayah Tabuk yang semakin kebal akibat kekuatan pihak Islam
  • Tentera Islam berperang atas jalan Allah dan bukan semata-mata menguatkan pengaruh dan meluaskan kuasa
  • Bantuan tentera Allah melalui pengutusan Malaikat. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk. Mereka telah digentarkan oleh Malaikat {dianggarkan sebanyak 100,000 malaikat} yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah.



Hal tersebut segera mematahkan perasan tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima pertumpahan darah sedikit pun.

Peperangan Khaibar



Peperangan Khaibar terjadi pada tahun 629 di antara Nabi Muhammad dan pengikutnya dengan orang-orang Yahudi yang tinggal di oasis Khaibar, sejauh 150 kilometer dari Madinah di bahagian timur laut semenanjung Arab. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan orang Islam. Perang Khaibar terjadi tidak lama selepas Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah memimpin sendiri ekspedisi ketenteraan menuju Khaibar, daerah sejauh tiga hari perjalanan dari Madinah. Khaibar adalah daerah subur yang menjadi benteng utama Yahudi di jazirah Arab, terutamanya setelah Yahudi di Madinah ditaklukkan oleh Rasulullah.




Maka Muhammad menyerbu ke jantung pertahanan musuh. Suatu pekerjaan yang tidak mudah dilakukan. Pasukan Rom yang lebih kuat pun tidak mampu menaklukkan benteng Khaibar yang memiliki sistem pertahanan berlapis-lapis yang sangat baik. Sallam anak Misykam mengorganisasikan prajurit Yahudi. Perempuan, anak-anak dan harta benda mereka tempatkan di benteng Watih dan Sulaim. Persediaan makanan dikumpulkan di benteng Na'im. Pasukan perang ditumpukan di benteng Natat. Sedangkan Sallam dan para prajurit pilihan maju ke garis depan.




Sallam tewas dalam pertempuran itu, tetapi pertahanan Khaibar belum dapat ditembus. Muhammad menugaskan Abu Bakar untuk menjadi komandan pasukan. Namun gagal. Demikian pula Umar. Akhirnya kepemimpinan komando diserahkan pada Ali. Di Khaibar inilah nama Ali menjulang. Keberhasilannya meruntuhkan pintu benteng untuk menjadi perisai selalu dikisahkan dari abad ke abad. Ali dan pasukannya juga berhasil menembusi pertahanan lawan. Harith bin Abu Zainab-komandan Yahudi setelah Sallam-pun tewas. Benteng Na'im jatuh ke tangan pasukan Islam.




Setelah itu benteng demi benteng dikuasai. Seluruhnya melalui pertarungan sengit. Benteng Qamush kemudian jatuh. Demikian juga benteng Zubair setelah dikepung cukup lama. Semula Yahudi bertahan di benteng tersebut. Namun pasukan Islam memotong saluran air menuju benteng yang memaksa pasukan Yahudi keluar dari tempat perlindungannya dan bertempur langsung. Benteng Watih dan Sulaim pun tanpa kecuali jatuh ke tangan pasukan Islam. Yahudi lalu menyerah. Seluruh benteng diserahkan pada umat Islam. Muhammad memerintahkan pasukannya untuk tetap melindungi warga Yahudi dan seluruh kekayaannya, kecuali Kinana bin Rabi' yang terbukti berbohong saat dimintai keterangan Rasulullah.




Perlindungan itu tampaknya sengaja diberikan oleh Rasulullah untuk menunjukkan beza perlakuan kalangan Islam dan Nasrani terhadap pihak yang dikalahkan. Biasanya, pasukan Nasrani dari kekaisaran Rom akan menghancurluluhkan kelompok Yahudi yang dikalahkannya. Sekarang kaum Yahudi Khaibar diberi kemerdekaan untuk mengatur dirinya sendiri sepanjang mengikuti garis kepemimpinan Muhammad dalam politik.




Muhammad sempat tinggal beberapa lama di Khaibar. Ia bahkan nyaris meninggal lantaran diracun. Diriwayatkan bahwa Zainab binti Harith menaruh dendam pada Muhammad. Sallam, suaminya, tewas dalam pertempuran Khaibar. Zainab lalu mengirim sepotong daging domba untuk Muhammad. Rasulullah sempat mengigit sedikit daging tersebut, namun segera memuntahkannya setelah merasa ada hal yang ganjil. Tidak demikian halnya dengan sahabat Rasul, Bisyri bin Bara. Ia meninggal lantaran memakan daging tersebut. Dengan penaklukan tersebut, Islam di Madinah telah menjadi kekuatan utama di jazirah Arab. Ketenangan masyarakat semakin terwujud. Dengan demikian, Muhammad dapat lebih menumpukan kepada dakwah membangun moraliti masyarakat.