Sunday, July 17, 2011

Doa Dalam al-Quran

Doa Ceramah Kesihatan

P

الـحمد لله ،نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادي له ، والصلاة والسلام على رسولنا الأمين وعلى آله وأصحابه أجـمعين .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami bersyukur di atas nikmat dan hikmat yang Engkau berikan kepada kami untuk menghadiri Majlis Ceramah Kesihatan pada pagi ini . Semoga kehadiran kami pada pagi ini akan memberi dan menambahkan maklumat yang berguna supaya kami dapat menjalani kehidupan dengan penuh ke’afiatan dan kesejahteraan .

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimat Ikhlas dan prinsip keikhlasan . Berpegang kepada agama Nabi Junjungan Kami Nabi Muhammad S.A.W. , yang juga agama ayah kami Nabi Ibrohim ‘alaihissalam dengan setulus hati . Dan Nabi Ibrohim bukan seorang musyrikin .

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Perbaikilah urusan agama kami kerana ia adalah pengawal kehidupan kami ,

Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah urusan akhirat kami kerana di sanalah kami akan dikembalikan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على خير خلق الله وخاتم الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين

Doa Bulan Kemerdekaan

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات ، والصلاة والسلام على رسولنا الأمين وعلى آله وأصحابه أجمعين .
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di dalam
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah 2003
pada hari ini .

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa
Kami ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat kemerdekaan yang telah Engkau kurniakan kepada tanah air kami , juga kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pejuang kemerdekaan dan barisan pemimpin negara yang telah , yang sedang dan yang akan mempertahankan erti kemerdekaan ini sehingga ke titisan darah terakhir . Sesungguhnya pengisian terhadap kemerdekaan lebih mencabar daripada memperolehinya . Oleh itu berilah kami kekuatan untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini dengan sumbangan bermakna. Kami amat menyedari dan menginsafi susah payah generasi terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan , maka Engkau cucurilah rahmat ke atas roh pejuang-pejuang kemerdekaan . Moga-moga dengan keinsafan dan kesedaran yang mendalam menjadi titik tolak untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi membangunkan negara dalam menghadapi alaf baru . Jadikanlah juga Semangat Patriotisme ini sebagai usaha murni kami untuk memartabatkan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia . Bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung . Amin Ya Rabbal’alamin .

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru tahun 2000 .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار والحمد لله رب العالـمين


Doa Bersama Pemimpin Negeri

DOA BERSAMA PEMIMPIN NEGERI

اَلـحَمْدُ ِللهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berhimpun bersama kepemimpinan Negeri Pahang Darul Makmur pada malam yang berbahagia ini . Mudah-mudahan pertemuan ini akan menjadi medan yang subur untuk kami bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman demi memantapkan proses pendidikan anak-anak kami di samping menghubungkan silaturrahmi antara kami .

Ya, Allah,

Kami memohon kepada-Mu kebaikan, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kemajuan diri kami untuk kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Ya Allah, kami mohon perlindungan-Mu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hamba-Mu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami bagi menunaikan tugas yang diamanahkan semoga kami menjadi insan-insan yang beriman dan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan-Mu jua.

Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Seribu Kerahmatan ,

Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu , permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini dengan keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau mengizinkannya .

Ya Allah , Tuhan Yang Mencipta Makhluk Berpasang-pasangan ,

Ya Allah , jadikanlah majlis permuafakatan kami ini sebagai perkongsian pintar yang diberkati dan dirahmati . Dan berikanlah kami kekuatan untuk melaksanakan apa yang telah kami perolehi dan sepakati dalam majlis ini .

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على خير خلق الله وخاتم الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين