Tuesday, September 27, 2011
Hukum mim mati
Hukum nun mati dan tanwin
Izhar Halqi pautan
Izhar Mutlak pautan
Iqlab pautan
Idgham Bi Ghunnah pautan
Idgham Bi La Ghunnah pautan
Ikhfa' pautan
Hukum isti'azah dan basmalah
Isti'azah adalah lafaz: "A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim" (ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ)
manakala basmalah adalah lafaz: "Bismillahir rahmaanir rahiim" (ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ).
Terdapat empat cara membaca iati'azah, basmalah dan surah:
- Memutuskan isti'azah (berhenti) kemudian baru membaca basmalah.
- Menyambungkan basmalah dengan surah tanpa berhenti.
- Membaca isti'azah dan basmalah terus-menerus tanpa henti.
- Membaca isti'azah, basmalah dan awal surah terus-menerus tanpa henti.
Terdapat empat cara membaca basmalah di antara dua surah. Tiga daripadanya adalah harus dan satu lagi adalah tidak harus. Yang harus adalah:
- Mengasingkan basmalah denga surah
- Menghubungkan basmalah dengan awal surah
- Menghubungkan kesemuanya
Bacaan bagi yang tidak harus pula adalah:
- Menghubungkan akhir surah dengan basmalah lalu berhenti. Kemudian, barulah membaca surah yang seterusnya tanpa basmalah. Walau bagaimanapun, tidak harus membaca sebegini kerana ditakuti bahawa ada yang menganggap basmalah adalah salah satu ayat daripada surah yang sebelumnya.
Tajwid
Pengenalan
Tajwīd (تجويد) dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.
Anggaran ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat al-Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.
KOD 13 (ADAB TERHADAP IBU BAPA)
Soalan L13.1 | Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak?. |
Jawapan: | Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah: |
| (a) Mengandung (b) Melahirkan (c) Menyusukan (d) Mengasuh (e) Mendidik (f) Memberi nafkah (g) Mengasihi |
Soalan L13.2 | Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa? |
Jawapan: | Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang. |
Soalan L13.3 | Bagaimanakah cara nebghormati ibu bapa? |
Jawapan: | Cara menghormati ibu bapa: |
| (a) Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa menjaga perasaan mereka. (b) Mendoakan mereka. (c) Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat yang berasingan. (d) Menghormati sahabat-sahabat mereka. |
Soalan L13.4 | Bagaimanakah cara mentaati ibu bapa? |
Jawapan: | Cara mentaati ibu bapa ialah: |
| (a) Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. (b) Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa. |
Soalan L13.5 | Bagaimana cara berbakti kepada ibu bapa? |
Jawapan: | Cara berbakti kepada ibu bapa ialah: |
| (a) Memberi sumbangan kebendaan, terutama katika mereka dalam keadaan susah. (b) Melayani mereka supaya tidak hiba dan kesunyian. (c) Merawati mereka ketika sakit. (d) Membantu mereka menyempurnakan ibadat seperti menolong mengambil wuduk. (e) Menjaga mereka ketika tidak berupaya. |
Soalan L13.6 | Sila bacakan doa terhadap ibu bapa. |
Jawapan: | Mendoakan ibu bapa dengan kebaikan, keampunan dan rahmat Allah SWT seperti: |
|
|
Soalan L13.7 | Nyatakan akibat derhaka kepada ibu bapa. |
Jawapan: | Derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar yang membawa kepada balasan buruk daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat. |
KOD 12 (PUASA)
Soalan L12.1 | Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya. |
Jawapan: | Lafaz niat puasa ramadhan: |
|
|
Ertinya:
“Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan, tahun ini, kerana Allah Taala”
Soalan L12.2: | Sebutkan perkara yang membatalkan puasa. |
Jawapan: | Perkara-perkara yang membatalkan puasa: |
| (1) Makan dan minum pada siang hari dengan sengaja. (2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. (3) Muntah dengan sengaja. (4) Melakukan persetubuhan pada siang hari. (5) Mengeluarkan mani dengan sengaja (6) Keluar darah haid dan nifas (7) Gila (8) Mabuk atau pengsan sepanjang hari. (9) Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib (10)Murtad. |
Soalan L12.3: | Nyatakan hikmat puasa. |
Jawapan: | Antara hikmat puasa ialah: |
|
|
KOD 10 (SOLAT FARDHU)
Anda dikehendaki memperdengarkan (tasmi') bacaan-bacaan berikut:-
- Lafaz niat solat subuh, zuhur, asar, margrib, dan Isya'
- Takbiratul ihram.
- Doa Iftitah
- Surah al Fatihah
- Dua surah (pilihan murid)
- Bacaan ketika ruku'
- Bacaan i'tidal
- Bacaan sujud.
- Bacaan duduk antara dua sujud
- Bacaan tahiyat
- Salam
- Bacaan Qunut
Lafaz niat solat subuh:
Lafaz niat solat zuhur: | ||
Lafaz niat solat asar: | ||
Lafaz niat solat maghrib: | ||
Lafaz niat solat Isya': | ||
| ||
Bacaan Takbiratul ihram ialah: | ||
Bacaan Doa Iftitah ialah: | ||
Bacaan Surah al Fatihah ialah: | ||
Bacaan surah (contoh): | ||
Bacaan Ruku': | ||
Bacaan I'tidal: | ||
Bacaan Sujud: | ||
Bacaan duduk antara dua sujud: | ||
Bacaan Tahiyat: | ||
Tahiyat akhir; seperti bacaan di atas dan disambung dengan bacaan berikut: | ||
Bacaan salam: | ||
Bacaan Doa Kunut: | ||
Soalan A10.2:
Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna. (soalan ini hanya layak dijawab/ dilakukan apabila calon telah berjaya menjawab Soalan L10.1 di atas)
Jawapan:
Calon melakukan solat dengan betul dan sempurna seperti yang dinyatakan di bawah. Contoh Solat Zuhur:-
- Berwuduk
- Menutup Aurat
- Mengadap kiblat
- Berdiri bagi orang berkuasa
Rakaat pertama
- Menyebut lafaz niat (juruk di atas)
- Takbiratul ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain separas bahagian atas telinga dan kedua-dua tapak tangan mengadap kiblat beserta dengan niat "sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat kerana Allah Taala"
- Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah diluruskan.
- Membaca doa iftitah.
- Membaca surah alFatihah.
- Membaca ayat-ayat atau surah daripada al Quran.
- Takbir intiqal dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti no.2 di atas dan ruku' serta tama'ninah sambil membaca bacaan ruku' 3 kali.
- Ruku' ialah membongkokkan badan dengan menyamakan belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambil memandang tempat sujud.
- I'tidal serta tama'ninah dengan membaca bacaan i'tidal.
- Takbir intiqal dan sujud serta tama'ninah dengan membaca bacaan sujud.
- Takbir intiqal dan duduk antara dua sujud secara iftirasy serta tama'ninah dengan membaca bacaan duduk antara dua sujud.
- Takbir intiqal dan sujud serta tama'ninah seperti no.10 di atas.
- Takbir intiqal dan bangun dari sujud dan duduk sebentar sekadar tama'ninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa mengangkat tangan.
Rakaat Kedua
- Membaca Surah al Fatihah
- Membaca ayat-ayat atau surah daripada al Quran.
- Melakukan ruku', i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua sepertimana rakaat pertama.
- Takbir intiqal dan duduk Tahiyat Awal secara iftirasy, kecuali jari tangan kanan digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan. Pada masa ini dibaca Yahiyat Awal. Ketika menyebut "Illa" dalam perkataan , jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit.
- Takbir intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta mengangkat tangan.
Rakaat Ketiga
- Membaca surah al Fatihah sahaja.
- Melakukan ruku', I'tidal, sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud yang kedua, dan bangun berdiri untuk rakaat yang keempat tanpa mengangkat tangan.
Rakaat keempat
- Membaca Surah al Fatihah.
- Melakukan Ruku', I'tidal, Sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud yang kedua.
- Takbir Intiqal dan dudul tahiyat akhir secara tawaruk, dan membaca Bacaan tahiyat akhir.
- Mengucap salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian mengucap salam kedua sambil memalingkan muka ke kiri.
- Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa
Duduk tawaruk ialah meletakkan punggung ke lantai dan mendirikan jari kaki kanan serta menyilangkan kaki kiri di bawah kaki kanan. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jarinya digenggam kecuali jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di atas lutut kiri dan jarinya diluruskan dengan hujung jari menyamai lutut.
tama'ninah ialah berhenti seketika sekadar menyebut subhanallah
I'tidal ialah berdiri semula selepas ruku' sambil mengangkat kedua-dua tangan, dan kemudian meluruskannya ke bawah.
Sujud ialah menurunkan lutut dahulu kemudian diikuti 2 tapak tangan, jari dirapatkan supaya mengadap kiblat. Dahi pula diletakkan di tempat sujud, sementara jari kaki ditegakkan.
Iftirasy ialah duduk dengan meletakkan punggung di atas tapak kaki dan mendirikan kaki kanan. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari dirapatkan, manakala hujung jari menyamai paras lutut.