Friday, October 7, 2011

Adab Berada Di Masjid Dan Surau


ADAB DI MASJID DAN SURAU

  • Sayang dan memuliakan masjid
  • Bersedia ke masjid dengan berwudhu’ dan menjaga kebersihan
  • Masuk dengan langkah kaki kanan dan keluar dengan langkah kaki kiri
  • Disunatkan solat tahiyyatul masjid
  • Duduk dengan tertib serta niat I’tikaf
  • Membaca Al-Quran
  • Tidak bermain, bergurau, berlari-lari, membuat bising dan berjual beli di dalam atau kawasan masjid dan surau
  • Membaca doa masuk dan keluar masjid

KEBAIKAN MENJAGA ADAB DI MASJID

  • Masjid dan surau akan menjadi lebih indah dan sentiasa bersih
  • Menjadi muslim dan muslimah yang dihormati
  • Dicontohi masyarakat
  • Mendapat pahala
  • Dikasihi dan dimuliakan Allah kerana kita sentiasa menjaga rumahNya


AKIBAT TIDAK BERADAB DI MASJID DAN SURAU

  • Sentiasa dalam keadaan rugi
  • Dibenci Allah
  • Mendapat dosa
  • Masjid menjadi kotor

Adab Di Sekolah



ADAB KETIKA DI SEKOLAH

  • Mengucapkan selamat dan salam sejahtera semasa bertemu dengan kawan dan guru
  • Menghormati guru
  • Tidak membuang masa di sekolah
  • Menumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang mengajar


TUJUAN PERGI KE SEKOLAH

  • Mendapatkan ilmu
  • Mengeratkan hubungan silatul rahim
  • Pergaulan yang sihat


FAEDAH MENJAGA ADAB KE SEKOLAH

  • Mendapat pahala
  • Berdisiplin
  • Dihormati oleh guru dan rakan-rakan
  • Senang dan tenang untuk belajar
  • Mudah memahami apa yang diajar oleh guru
  • Menjadi pelajar cemerlang dan dicontohi


PERLAKUAN YANG TIDAK WAJAR DIAMALKAN KETIKA BELAJAR

  • Bermain-main ketika belajar
  • Tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran
  • Mengganggu kawan yang sedang belajar


AKIBAT BERPERLAKUAN TIDAK BAIK KETIKA BELAJAR

  • Hati menjadi resah
  • Tidak kemas dan kotor
  • Pergi ke sekolah dengan tergesa-gesa
  • Dikenakan tindakan disiplin
  • Kurang tumpuan dalam pembelajaran
  • Tidak disenangi oleh guru dan rakan