Friday, July 15, 2011

Abd-al Rahman Al-Sufi

Abd-al Rahman Al-Sufi (903-986; juga dikenali sebagai Azophi di dunia Barat) merupakan salah seorang ahli sains Islam.
Al-Sufi merupakan seorang ahli astronomi Parsi atau dikenali sebagai Iran sekarang yang juga dikenali sebagai Abd ar-Rahman as-Sufi atau Abd al-Rahman Abu al-Hussain.
Beliau lahir pada 7 Disember 903 dan meninggal pada 25 Mei 986. Tinggal di kawasan Emir adud ad-Daula di Isfahan, beliau melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja astronomi Greek, terutama Almagest of Ptolemy.
Sumbangan
Sebagai seorang ahli astronomi terkenal di zaman pertengahan, al-Sufi juga melakukan beberapa sumbangan dengan membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud dan kejelasan yang menyimpang daripada kerja Ptolemy. Beliau mengenal pasti Awan Besar Magellanic yang kelihatan di Yaman dan bukan di Isfahan yang tidak dapat dilihat oleh bangsa Eropah sehingga pengembaraan Megellan pada abad ke 16.
Al-Sufi merupakan penterjemah utama ke Bahasa Arab mengenai Astronomi Hellenistic yang berpusat di Iskandariah. Beliau memerhatikan dan dapat mengira tempoh panjang tahun tropika dan menerangkan mengenai bintang, posisi, magnitud dan warna dan menghasilkan keputusan mengenai buruj demi buruj.Bagi setiap buruj, beliau menghasilkan dua lukisan satu daripada luaran cakerawala dan satu lagi dari sebelah dalam yang dilihat dari Bumi.
Al-Sufi juga menulis mengenai astrolab dan mencari beberapa kegunaan mengenainya. Beliau menerbitkan bukunya yang terkenal ‘Book of Fixed Stars’ pada 964, memaparkan mengenai kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar. Dalam keterangan dan gambar mengenai Andromeda, beliau memasukkan ‘A Little Cloud ’yang sebenarnya adalah Andromeda Galaxy M31. Beliau menggambarkannya berada dalam mulut ikan yang besar merupakan buruh Arab dan ‘ awan’ berkenaan telah dikenali oleh ahli astronomi di Isfahan sebelum 905 Masihi.
Dalam bukunya, beliau juga menerangkan mengenai gugusan Omicron Velorun IC 2391 sebagai ‘bintang nebulous ’ di Vulpecula, satu gugusan atau asteris yang kini dikenali sebagai Al-Sufi atau Gugusan Brocchi atau Collinder 399.
Beliau juga menggambarkan Awan Megellan sebagi Al-Bakr, lembu jantan putih di selatan Arab yang mana ia tidak kelihatan dari Utara Arab kerana latitudnya. Al-Sufi menyediakan carta langit daripada pemerhatiannya dan mengubah magnitudnya dan mengubah magnitudnya dengan cermat.
Bukunya Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar merupakan hasil karya yang unggul dalam astronomi stellar.
Bukunya boleh didapati dalam Bahasa Arab dan diterjemah dalam Bahasa Perancis oleh Schjellerup dan ia dikatakan penting sehingga kini bagi kajian pergerakan dan kepelbagaian.
Kerja-keraja Al-Sufi tidak diketahui di Eropah. Pada masa penciptaan teleskop, Andromeda Nebula telah ditemui oleh Simon Marius pada 1612 menggunakan teleskop.
Al-Sufi juga menjelaskan mengenai warna Sims(satu bintang) tidak berubah yang kemudian disahkan melalui pemerhatian.
Seneca melaporkan melihat Sirms berwarna merah di Rom, Ptolemy pula melihat warna kemerahan di Iskandariah dan Schmidt pada 1841 nampak warna putih selepas warna kuning beberapa hari sebelumnya. Warna yang berlainan dianggap hasil daripada perubahan cuaca dari satu tempat ke tempat lain.
Disebabkan sumbangannya yang besar dalam bidang astronomi, sebuah kawah di bulan dinamakan Kawah Azophi yang mempunyai diameter 47.0 kilometer dalam sembilan bahagian peta bulan dan terletak 22.1 Selatan 12.7 timur. Bear dan Madler dalam tugasannya terkenal Der Mond pada 1837 menyebut kawasan permukaan bulan sempena nama al-Sufi (Azophi).

No comments:

Post a Comment