Sunday, July 17, 2011

Doa Bersama Pemimpin Negeri

DOA BERSAMA PEMIMPIN NEGERI

اَلـحَمْدُ ِللهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berhimpun bersama kepemimpinan Negeri Pahang Darul Makmur pada malam yang berbahagia ini . Mudah-mudahan pertemuan ini akan menjadi medan yang subur untuk kami bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman demi memantapkan proses pendidikan anak-anak kami di samping menghubungkan silaturrahmi antara kami .

Ya, Allah,

Kami memohon kepada-Mu kebaikan, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kemajuan diri kami untuk kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Ya Allah, kami mohon perlindungan-Mu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hamba-Mu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami bagi menunaikan tugas yang diamanahkan semoga kami menjadi insan-insan yang beriman dan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan-Mu jua.

Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Seribu Kerahmatan ,

Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu , permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini dengan keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau mengizinkannya .

Ya Allah , Tuhan Yang Mencipta Makhluk Berpasang-pasangan ,

Ya Allah , jadikanlah majlis permuafakatan kami ini sebagai perkongsian pintar yang diberkati dan dirahmati . Dan berikanlah kami kekuatan untuk melaksanakan apa yang telah kami perolehi dan sepakati dalam majlis ini .

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على خير خلق الله وخاتم الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين

No comments:

Post a Comment