Saturday, July 16, 2011

Doa Majlis Anugerah Cemerlang Pegawai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْم

يا الله يا كريم يا ودود

Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan turut serta dalam Majlis Penyampaian
Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003,
Jabatan Pelajaran Selangor

يا الله يا فعال لما يريد

Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada pemimpin-pemimpin dan ketua kami, serta semua pegawai dan kakitangan yang sentiasa menyumbang khidmat , menabur bakti mereka di Jabatan Pelajaran Selangor .

Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang pengurusan mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang
pada masa-masa akan datang.



يا غنى يا حميد

Jadikanlah mereka yang bakal menerima sijil penganugerahan pada hari ini sebagai hamba-hamba Mu yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pegawai atau kakitangan yang sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun, untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka, dalam bidang perkhidmatan pendidikan, serta mempunyai peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan, agar majlis anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada pegawai dan kakitangan yang lain, supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi memartabatkan pendidikan di negeri ini khasnya,
dan di negara ini amnya.


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

No comments:

Post a Comment