Pengertian Mandi
Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.
Perkara Yang Mewajibkan Mandi
- Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.
- Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.
- Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.
- Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).
- Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.
- Mati, kecuali mati syahid.
Fardu Mandi
- Berniat pada permulaan kena air pada badan. Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:
Maksudnya: “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.
atau
- Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.
- Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.
Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.
Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.
atau
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.
Perkara Sunat Semasa Mandi
Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:- Membaca “basmalah” iaitu lafaz
- Berwudhu’ sebelum mandi.
- Membasuh dua tapak tangan.
- Menggosok seluruh bahagian badan.
- Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.
- Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.
- Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.
Mandi-Mandi Sunat
Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:- Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.
- Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.
- Mandi kerana minta hujan (istisqa’).
- Mandi kerana gerhana bulan.
- Mandi kerana gerhana matahari.
- Mandi kerana memandikan mayat.
- Mandi kerana masuk agama Islam.
- Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.
- Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.
- Mandi ketika hendak ihram.
- Mandi kerana masuk Makkah.
- Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.
- Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.
- Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.
- Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.
- Mandi kerana sa‘i.
- Mandi kerana masuk ke Madinah.
No comments:
Post a Comment