Monday, September 26, 2011

Tayamum



Pengertian Tayammum

Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia.


Disyari‘atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:

Maksudnya:

“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”

Surah Al-Ma’idah, 5:6


Semua ibadah atau amalan ta‘at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur’an, sujud tilawah dan beri‘tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu’ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.


Sebab Yang Membolehkan Tayammum

  1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.

  2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.

  3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.


Syarat Tayammum

  1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda lain.

  2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.

  3. Hilang najis terlebih dahulu.

  4. Masuk waktu sembahyang.

  5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.

  6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.


Anggota Tayammum

  1. Muka.

  2. Dua belah tangan hingga siku.


Rukun Tayammum

  1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka.

  2. Niat tayammum adalah seperti berikut:

  3. Maksudnya:

  4. “Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”

  5. Menyapu muka.

  6. Menyapu kedua-dua belah tangan.

  7. Tertib.


Sunat Tayammum

  1. Membaca basmalah iaitu lafaz

  2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka.

  3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.


Perkara Yang Membatalkan Tayammum

  1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.

  2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.

  3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam

No comments:

Post a Comment