Huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah (untuk mengelakkan) pertemuan dua huruf Sukun jika sekiranya huruf Sukun pertama di akhir kalimah pertama dan huruf Sukun kedua ialah Hamzah Wasal, berada pada awal kalimah kedua.
Di dalam keadaan ini huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah dan Hamzah Wasal digugurkan di dalam bacaan. Contohnya ( قل أدعوا الله) keadaan demikian bukanlah dalam bentuk huruf tersebut berbaris atas dan hadapan.
Perhatian penting: Nun yang terbit dari Tanwin jika terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Tanwin, Nun tersebut dibariskan dengan baris bawah dengan syarat huruf yang berbaris ini dibaca di dalam keadaan sambung sahaja contohnya Tanwin dalam kalimah ( عادا) di dalam ayat ( عادا الأولى) dan Lam ( الاسم) yang terdapat di dalam surah al-Hujurat kerana ia terletak antara dua huruf Hamzah yang bersambung, oleh sebab itu Huruf Lam dibariskan dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua Sukun.
Di dalam keadaan ini huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah dan Hamzah Wasal digugurkan di dalam bacaan.
No comments:
Post a Comment