- Pengertian Jenayah
- Falsafah Jenayah
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
Hukum-Hukum Jenayah Islam
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada
HukumHudud
HukumQisas
Hukum Ta’zir
Hukum Hudud
- Pengertian Hudud
- Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh
- Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.Maksudnya;
- Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
- Zina;
- Qazaf(menuduh zina);
- Minum arak;
- Mencuri;
- Merompak
- Riddah(murtad)
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman :Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman :sebat 80 kali
Meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman :sebat 40 kali
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
Hukum Qisas
- Pengertian qisas;
- Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
- Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
- Jenis jenayah qisas;
- Hukuman terhadap kesalahan qisas;
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
Maksudnya;
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”
(Surah al-Maidah ayat 45)
Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Kadar Diat
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
- wang emas = 1000 dinar
- wang perak = 10,000 -12,000 dirham
- lembu = 200 ekor
- kambing = 2000ekor
- Persalinan = 200 persalinan lengkap
Diat jenayah membunuh.
- 1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
- 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
- 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
- 40 ekor Hulqah
- 2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
- 3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
- 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
- 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
- 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
- 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
- 20 ekorBintuMukhad(unta betina berumur 2 tahun)
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.
- Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
- Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
- Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
- Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
- Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
- Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota
- 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
- 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.
- ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
- ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
- 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
- 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
- 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
- 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekorunta.
- 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)
Hukum Ta'zir
- Pengertian ta’zir. (a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
- Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
- Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
- Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
- Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
- 3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
- Nasihat;
- Teguran;
- Ancaman;
- Pemulauan;
- Perisytiharan umum;
- Denda dan merampas harta;
- Penjara;
- Sebat;
- Bunuh;
- Buang daerah;
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat..
Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti
Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.
Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir
- untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
- untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
- untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
- Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
- Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera..
- Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.
PENDEKATAN ISLAM DALAM MENANGANI JENAYAH
Biasanya pada masa aman manusia menganggap hukuman berat seperti sebatan, kasi hinggalah bunuh adalah suatu yang kurang wajar diamalkan dalam masyarakat yang bertamadun. Selalunya kita berpendapat bahawa pelaku jenayah seharusnya diberikan kaunseling dan terapi supaya ada ruang bagi mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Tetapi apabila tragedi yang kejam seperti cabul, rogol dan bunuh berlaku seperti yang semakin menjadi-jadi sekarang, naluri manusia berubah kepada mewajarkan sebarang tindakan yang pada asalnya dianggap kejam. Malah jika ditanyakan sanubari keluarga kepada mangsa yang terlibat pastinya hanya satu jawapan yang akan diberi iaitu bunuh sahaja si perogol itu!.
Dalam situasi sekarang kewajaran mengenakan hukuman berat ke atas penjenayah kejam secara tidak lansung menyokong kebenaran Islam dalam menyediakan hukuman yang amat berat kepada pelaku-pelaku jenayah syariah. Meskipun ramai yang masih kabur mengenai undang-undang syariah yang menetapkan bentuk hukuman berat seperti sebatan kepada penzina, memotong tangan bagi pencuri dan bunuh bagi jenayah bunuh namun jika ditanya suara hati mangsa dan keluarga mangsa pastinya hukuman ini amat wajar kepada pelaku jenayah. Rogol boleh diketagorikan sebagai jenayah zina di mana pelaku rogol yang akan dikenakan hukuman.
Namun demikian perlu juga diingat bahawa sebelum Islam membicarakan soal hukuman berat, Islam sebenarnya amat menekankan soal langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya kerana mengelakkan kejadian berlaku adalah lebih baik daripada menjatuhkan hukuman. Justeru lahirlah satu kaedah iaitu : al-wiqoyah khairun minal ilaj yang bermaksud mencegah lebih baik dari merawat. Pendekatan ini dapat diselami melalui Firman Allah Taala yang bermaksud:
Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
Surah Al-Isra : 32
Ayat di atas secara mafhumnya memberikan panduan dalam menghindarkan berlakunya zina iaitu dengan memastikan segala aktiviti yang mendekatkan atau membawa kepada perzinaan hendakalah dihindari lebih awal. Melalui penelitian terhadap ayat ini para ulama telah menggariskan satu kaedah fiqh iaitu Sad Al-Dzaraie yang bermaksud menutup pintu yang membawa kepada kemudaratan. Justeru Allah Taala menegaskan Janganlah kamu menghampiri zina. Jika kelakuan yang menghampirkan kepada zinapun ditegah apatah lagi perzinaan itu sendiri.
Di dalam menangani isu zina, rogol dan cabul sewajarnya kita cuba menghayati apa yang telah diajar oleh Allah Taala seperti yang telah dihuraikan di atas. Sebaiknya kita jangan cepat melatah apabila berlakunya jenayah berat, sepertimana yang berlaku kepada adik Nurin dan adik Sharlinie. Lebih malang apabila ramai di kalangan kita yang menyalahkan ibubapa. Sedangkan persekitaran, penguatkuasaan undang-undang dan sistem hidup hari ini yang seolah-olah sengaja menyuburkan perlakuan maksiat dan jenayah. Rancangan televisyen, konsert, persembahan ratu cantik, pergaulan bebas dan melampau di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta media cetak yang seolah-olah mempromosikan keghairahan seks melalui gambar-gambar separuh bogel artis-artis dan model-model tempatan mahupun luar negara. Dulu persembahan artis ada etikanya. Seperti tidak boleh berambut panjang bagi artis lelaki dan tidak boleh berpakain menjolok mata bagi artis wanita. Tetapi semua ini tidak lansung dipatuhi dan tiada sebarang penguatkuasaan.
No comments:
Post a Comment