Tuesday, September 27, 2011

KOD 8 (CARA MANDI WAJIB)

Soalan L8.1:
Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi

Jawapan:
Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah;
  1. keluar mani
  2. haid
  3. Janabah (bersetubuh)
  4. Wiladah (bersalin)
  5. Nifas (darah yang mengiringi wanita yang bersalin)
  6. Mati, selain mati syahid


Soalan L8.2:
Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.

Jawapan:
Cara mandi wajib ialah:
  • Bersihkan badan daripada segala kekotoran.
  • Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan.
  • Ambil wuduk.
  • Sebut lafaz niat




  • Jiruskan air mutlak ke kepala berserta dengan niat sebaik-baik sahaja air mengenai anggota kepala. Jirusan ke kepala itu sebanyak tiga kali. Niatnya ialah: "sahaja aku mengangkat Hadas Besar fardhu atasku kerana Allah Taala" atau"sahaja aku mandi kerana haid/janabah/nifas fardhu atasku kerana Allah Taala"
  • Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan tiga kali, kemudian jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri tiga kali.
  • Ratakan air keseluruh anggota badan. Selatkan rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung. Jika air tidak rata dengan tiga jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tapak tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.

No comments:

Post a Comment