Tuesday, September 27, 2011

KOD 7 (CARA BERTAYAMMUM)

Soalan A7.1:
Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna.

Jawapan:
Cara bertayamum ialah:
  • Menyediakan dan meratakan debu tanah di atas tempat yang disediakan.
  • Mengadap kiblat.
  • Membaca: Bismillah hirrahma nirrahim.
  • Menyebut lafaz niat tayamum seperti


  • Menepuk dua tangan ke debu dengan jari terbuka sambil berniat "sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat Fardu kerana Allah taala" dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.
  • Menipiskan debu/ mengurangkan dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar tempat debu yang disediakan.
  • Menyapu debu kemuka.


CATATAN:
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri.
  • Membuangkan debu musta'mal yang masih melekat di tangan.
  • Menepuk kedua tapak tangan ke debu untuk kali kedua di tempat yang lain dengan jari terbuka, kemudian menipiskannya dengan cara meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.
  • Menyapu tangan kanan dengan cara meletakkan jari tangan kiri selain ibu jari di bawah jari tangan kanan, kemudian melurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan dan digenggam sedikit kemudiannya melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari masih terangkat.
  • Seterusnya melurutkan ibu jari kiri ke belakang ibu jari kanan.
  • Menyapu tangan kiri dengan cara meletakkan jari tangan kanan selain ibu jari di bawah jari tangan kiri. Kemudian melurutkan jari tangan kanan hingga kepergelangan tangan kiri, dan digengam sedikit kemudian melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari masih terangkat. Seterusnya melurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
  • Menyelati jari kanan dan kiri.


No comments:

Post a Comment