Tuesday, September 27, 2011

KOD 13 (ADAB TERHADAP IBU BAPA)

Soalan L13.1

Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak?.

Jawapan:

Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah:


(a) Mengandung

(b) Melahirkan

(c) Menyusukan

(d) Mengasuh

(e) Mendidik

(f) Memberi nafkah

(g) Mengasihi





Soalan L13.2

Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa?

Jawapan:

Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang.



Soalan L13.3

Bagaimanakah cara nebghormati ibu bapa?

Jawapan:

Cara menghormati ibu bapa:


(a) Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa menjaga perasaan mereka.

(b) Mendoakan mereka.

(c) Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat yang berasingan.

(d) Menghormati sahabat-sahabat mereka.





Soalan L13.4

Bagaimanakah cara mentaati ibu bapa?

Jawapan:

Cara mentaati ibu bapa ialah:


(a) Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

(b) Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa.




Soalan L13.5

Bagaimana cara berbakti kepada ibu bapa?

Jawapan:

Cara berbakti kepada ibu bapa ialah:


(a) Memberi sumbangan kebendaan, terutama katika mereka dalam keadaan susah.

(b) Melayani mereka supaya tidak hiba dan kesunyian.

(c) Merawati mereka ketika sakit.

(d) Membantu mereka menyempurnakan ibadat seperti menolong mengambil wuduk.

(e) Menjaga mereka ketika tidak berupaya.




Soalan L13.6

Sila bacakan doa terhadap ibu bapa.

Jawapan:

Mendoakan ibu bapa dengan kebaikan, keampunan dan rahmat Allah SWT seperti:







Soalan L13.7

Nyatakan akibat derhaka kepada ibu bapa.

Jawapan:

Derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar yang membawa kepada balasan buruk daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment