Ra' harus dibaca dengan Tafkhim (tebal) dan Tarqiq (nipis) tetapi jika dibaca dengan Tafkhim (tebal) adalah lebih utama di dalam dua keadaan:
Pertama: Jika Ra' dibaca dengan Sukun ketika berhenti bacaan dan huruf sebelumnya berbaris atas atau hadapan contohnya: (إن هذا إلا قول البشر) (كذبت ثمود بالنذر).
Kedua: Jika Ra' dibaca dengan Sukun ketika berhenti bacaan dan huruf sebelumnya berbaris Sukun serta didahului dengan huruf yang berbaris atas atau hadapan dan ia dibaca ketika sambung dengan baris bawah(والعصر) (والفجر).
Perhatian penting: Sesiapa yang membaca Ra' dengan nipis di dalam keadaan ini bererti dia telah melihat kepada hukumnya iaitu wajib dinipiskan ketika sambung disebabkan ia berbaris bawah dan sesiapa membacanya dengan tebal bererti dia tidak melihat kepada keadaannya ketika sambung tetapi ia melihat kepada Sukun yang mendatang.
No comments:
Post a Comment