Friday, September 30, 2011

Pertemuan Huruf Mihtlain Saghir

Mithlan Saghir (المثلان الصغير). Huruf awal Sukun dan huruf yang kedua berbaris. Ia dinamakan Saghir (kecil) kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris menyebabkan ia mudah dimasukkan (diidghamkan). Hukumnya adalah Wajib diidghamkan (dimasukkan) kecuali jika huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Mad. Dalam keadaan ini wajib diizharkan contohnya (قالوا وهم) atau huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Ha' saktah. Dalam keadaan ini wajib diizharkan kerana mesti diam seketika (berhenti tanpa menyambung nafas) yang menegah dari diidghamkan (dimasukkan) seperti( .(ماليه هلك




No comments:

Post a Comment