Friday, September 30, 2011

Tarqiq Mengikut Keadaan Tempat


Tarqiq mengikut keadaan tempat merangkumi huruf Alif, Lam pada lafaz Allah dan Ra':

Pertama Alif: Alif dibaca dengan nipis apabila ia terletak selepas huruf Tarqiq, contohnya kalimah(الكتاب).


Kedua Lam pada lafaz Allah: Ia dibaca dengan nipis apabila ia terletak selepas huruf yang berbaris bawah, sama ada huruf tersebut bersambung dengannya di dalam satu kalimah atau berasingan di dalam dua kalimah contohnya: (لله) , (بسم الله).

Ketiga Ra': Ra' sentiasa dibaca dengan nipis di dalam tiga keadaan iaitu:

Pertama: Jika ia berbaris bawah contohnya: (مريئا - رجال).

Kedua: Jika ia berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah asli dan tidak ada huruf Isti'la' selepasnya seperti kalimah (فرعون).

Ketiga: Jika ia berbaris Sukun (Sukun mendatang) kerana memberhentikan bacaan selepas huruf Ya' Mad atau Mad Lin, contohnya: (وهو على كل شئ قدير) (ذلك خير).


No comments:

Post a Comment