Friday, September 30, 2011

Mengikut Tempat : Tarqiq Lebih Utama

Ra' harus dibaca dengan Tafkhim (tebal) dan Tarqiq (nipis) tetapi jika dibaca dengan Tarqiq adalah lebih utama di dalam tiga keadaan iaitu:

Pertama: Jika huruf Ra' dibaca ketika berhenti dengan Sukun dan selepasnya terdapat huruf Ya' yang digugurkan untuk meringankan bacaan seperti: (يسر) di dalam firman Allah s.w.t (والليل إذا يسر) kerana pada asalnya (يسري) lalu digugurkan Ya' untuk meringankan bacaannya.

Kedua: Jika Ra' disukunkan selepas huruf yang berbaris bawah kerana ingin memberhentikan bacaan dan kedua-duanya diselangi dengan huruf Isti'la'. Tidak terdapat di dalam al-Quran kecuali satu kalimah sahaja iaitu kalimah (القطر) (وأسلنا له عين القطر). Sesiapa yang membacanya dengan nipis bererti dia ingin menyambung bacaan dan sesiapa yang membacanya dengan tebal ketika berhenti bacaan bererti dia melihatnya sebagai mendatang.

Ketiga: Jika Ra' Sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya terdapat huruf Isti'la' yang berbaris bawah. Tidak terdapat di dalam al-Quran kecuali satu kalimah sahaja iaitu kalimah (فرق) (كل فرق كالطود). Sesiapa yang membacanya dengan nipis bererti dia melihat kepada baris bawah yang terdapat sebelumnya dan dia tidak melihat kepada huruf Isti'la' yang terletak selepasnya kerana ia berbaris bawah. Sesiapa membacanya dengan tebal bererti dia melihat kepada huruf Isti'la' yang terletak selepasnya dan dia tidak melihat kepada baris bawah yang terletak sebelumnya serta dia tidak melihat kepada baris bawah huruf Isti'la'.


No comments:

Post a Comment