Friday, September 30, 2011

Pertemuan Huruf : Mithlain Kabir

Mithlan Kabir (المثلان الكبير). Dua huruf yang berbaris. Ia dinamakan Kabir (besar) ialah kerana ia banyak terdapat di dalam al-Quran dan kerana baris lebih banyak dari Sukun. Hukumnya adalah wajib diizharkan (dinyatakan) kecuali pada ayat (تأمنا) di mana hukumnya mesti diidghamkan (dimasukkan) berserta Isymam iaitu memuncungkan dua bibir ke hadapan ketika menyebut huruf Nun Sukun yang pertama dan mengidghamkan kepada Nun yang kedua Keadaan ini bertujuan ingin menunjukkan bahawa baris asal huruf Nun adalah baris hadapan kerana kalimah (تأمّنا) pada asalnya adalah (تأمننا) lalu Nun pertama dimasukkan ke dalam Nun kedua menyebabkan ia menjadi (تامّنا).



No comments:

Post a Comment