Tafkhim (ditebalkan bacaan) mengikut tempat merangkumi huruf Alif, Lam pada lafaz Allah dan Ra'.
Pertama (Alif): Alif dibaca dengan tebal jika ia terletak selepas huruf tebal, contohnya di dalam kalimah(قال).
Kedua (Lam pada lafaz Allah): Lam pada lafaz Allah dibaca dengan tebal jika ia terletak selepas huruf yang berbaris atas, hadapan atau di permulaan kalimah contohnya: (قال الله) , (عبد الله) dan (الله لاإله إلا هو).
Ketiga (Ra') : Ra' sentiasa dibaca dengan tebal di dalam tiga keadaan iaitu:
Pertama: Jika ia berbaris atas sama ada di awal kalimah, di pertengahan kalimah atau di akhir kalimah dengan syarat ia dibaca secara sambung, contohnya(ليس البر أن تولوا وجوهكم - بربكم - ربنا).
Kedua: Jika ia berbaris hadapan, contohnya(رددت - رزقنا).
Ketiga: Jika ia berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, di hadapan atau di bawah manakala baris bawahnya pula ialah baris asal serta terdapat selepasnya Huruf Isti'la' atau huruf sebelumnya berbaris bawah dan baris bawahnya adalah mendatang seperti:(زرعا - مرتفقا - قرطاس - ارجعوا).
No comments:
Post a Comment