Ketika bacaan sambung, Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan untuk mengukuhkan huruf Sukun ketika itu ke atas huruf selepasnya dan ia tidak memerlukan kepada Hamzah. Pada ketika ini Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan sambung. Ketika memulakan bacaan dengan Hamzah Wasal, barisnya mestilah disebut sama ada ia berbaris atas, berbaris bawah atau berbaris hadapan. Jika Hamzah Wasal berada di dalam satu kalimahcontohnya:(والله - وبالحق),ia tidak boleh disebut sama sekali kerana tidak sah menyebutnya secara berasingan dalam apa keadaan sekalipun.
Apabila Hamzah Wasal yang berbaris bawah bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal perlu dibuang dan disebut Hamzah Istifham secara berbaris di atas.Keadaan ini terdapat pada tujuh tempat di dalam al-Quran iaitu:-Pertama:(أتخذتم)dari firman Allah(قل أتخذتم عند الله عهدا).Kedua:(أطلع)dari firman Allah(أطلع الغيب أم أتخذتم عند الله عهدا).Ketiga:(أفترى)dari firman Allah(أفترى على الله كذبا).Keempat:(أصطفى)dari firman Allah(أصطفى البنات على البنين).Kelima:(أتخذناهم)dari firman Allah(أتخذناهم سخريا أم زاغت عنهم الأبصار).Keenam:(أستكبرت)dari firman Allah(أستكبرت أم كنت من العالين).Ketujuh:(أستغفرت)dari firman Allah(سواء عليهم أستغفرت أم لم تستغفر لهم).Hamzah Wasal yang berbaris di bawah juga apabila bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal mestilah dibuang dan Hamzah Istifham mesti disebut secara berbaris di atas.
No comments:
Post a Comment