Mad Lazim Harfi Muthaqqal(المد اللازم الحرفي المثقل)ialah huruf Mad yang disusuli dengan Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah dengan syarat ia bertasydid.Ia dinamakan Harfi ialah kerana terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang berada selepas huruf Mad di permulaan surah.Ia dinamakan Muthaqqal ialah kerana terlalu berat untuk menyebutnya disebabkan terdapat Tasydid pada Sukunnya.Hukumnya adalah wajib dibaca secara Mad enam harakat sepertihuruf Lam di dalam kalimah(الم).
| |||||||||||||
No comments:
Post a Comment