Wednesday, September 28, 2011

Idgham Bi Ghunnah

Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung)(إدغام بغنة).Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah(ينمو)iaitu Ya', Nun, Mim dan Wau.Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma'al Ghunnah kecuali pada dua tempat iaitu:(يس والقرآن الحكيم - ن والقلم وما يسطرون).Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.





No comments:

Post a Comment